Sunday, October 26, 2008

Katakan Padaku.......

Katakan padaku
jika dirimu rasa terpinggir
usah difikir menjadi celaru
nanti jadi terus tersingkir

Katakan padaku
jika dirimu merasa gundah
usah mudah menjadi keliru
nanti jadi resah gelisah

Katakan padaku
jika dirimu merasa pilu
usah bimbang pada ku
janji setia tetap terpaku

Katakan padaku
jika dirimu menjadi ragu
cintaku melekar suci
suatu anugerah dari Illahi.......

AKU MERINDUI MU

Hadirmu membawa sinar pesona
cinta melerai segala kekusutan
menyembuhkan hati yang terluka
dan mengusik lambaian silam
pada sebuah kepahitan
yang bernama semalam

Kaulah yang menhiburkan
di kala ku kesunyian
membawa kuntuman senyuman
penuh makna dan.....
aku terpanah dalam langkah seribu
meniti hari indah ketika bersama mu
dan..............ingin selamanya kau disampingku

Jika benar hanya aku dalam hatimu
maka redhalah kemelut di danau hati
dan semoga tenang keresahan selama ini
dan aku selamanya dihati mu

Sesungguhnya......
kaulah yang tetap satu dan sebutir bintang
yang menyeri hidupku di kalaku
masih samar dalam kegelapan
sesungguhnya kehadiran mu itu
telah membawa seribu satu makna
buat ku......

Aku disini.......sentiasa merindui mu
tatkala kau menyintaiku................

Saturday, October 25, 2008

Lara Cinta

Mengapa aku harus tersungkur
pada pelabuhan cinta yang
suci dan luhur lalu
terdampar aku di lautan sepi
yang tinggal hanya kenangan di salut mimpi


Aku terumbang ambing di hempas gelora
berbekal seribu duka dan lara
di kala pertemuan yang musnah
dan perpisahan terjelma di dalam gundah


Perjalanan hidupku di landa kesengsaraan
di dalangi oleh tragedi yang terguris
menghimpit pada titian perkasihan
yang kian longlai dibuai keusangan


Mengapa keramat cinta ini hadir
menyelimuti diri ku di tepian rindu
menerjah aku ke dasarnya
di saat pertemuan demi pertemuan
lantas.......


Memusnahkan impian di hamparan indah
merosakkan cintaku di denai kerinduan
kini tinggal diriku kesepian
tanpa sedikit kasih dari mu
yang di mamah oleh keramat cinta
terus bercakaran lalu membaham diri ku
sehingga terukirnya sebuah perpisahan...........

Gelora Hati

Gelora hati tidak dapat dipandang
Walaupun ombaknya begitu kencang
Hanya dhomir dapat merasa
Gelombangnya terus melanda


Dalam kehidupan pasti ada cabaran
Menguji minda dan hati teguhnya azam
Bagi yang lemah mudah tenggelam
Hilang arah entah dimana gerangan


Ujian dan cabaran suatu intihan
Sebagai insan patuh semua ajaran
Tidak lagi gentar memacu harapan
Tetap teguh keimanan dan ketakwaan


Jangan dilayan gelora hati
Tenangkan emosi menjadi lembut
Tanpanya akan punah jati diri
Nurani akanjadi berserabut


pohon hidayah daripada illahi
Menggapai nawaitu yang suci
Jangan alpa segalanya elora hati tidak dapat dipandang
Walaupun ombaknya begitu kencang
Hanya dhomir dapat merasa
Gelombangnya terus melanda


Dalam kehidupan pasti ada cabaran
Menguji minda dan hati teguhnya azam
Bagi yang lemah mudah tenggelam
Hilang arah entah dimana gerangan


Ujian dan cabaran suatu intihan
Sebagai insan patuh semua ajaran
Tidak lagi gentar memacu harapan
Tetap teguh keimanan dan ketakwaan


Jangan dilayan gelora hati
Tenangkan emosi menjadi lembut
Tanpanya akan punah jati diri
Nurani akanjadi berserabut


pohon hidayah daripada illahi
Menggapai nawaitu yang suci
Jangan alpa segalanya boleh terjadi
Pahatkan iman di sanubari

Gamitan Santunmu

Ketika melihat wajah mu
Hati tergamit menjadi gugup
Wajah dan nyayian sundu menawan
Hatiku yang walang menjadi tenang


Suara dan santun mu menjadi terus menjana
Ketrampilan dirimu menjadi ceria
Sedang wajah dan matamu menggamit mesra
Perilaku mu begitu santun merenjis sukma


Tegarkan diri mencerna bagai idola
Menyulam bait-bait nyayian penuh makna
Setiap kali ku lihat dhomir ku menjadi mesra
Istiqomahkan keperibadian tunjang utama


Layari kehidupan dengan pedoman illahi
Menghayati ajaranNya penuh ta'abbudi
Hiasi dirimu dengan sifat mahmudah
Selusuri penghayatan dengan maknawiyah


Kehidupan di dunia ini hanya seketika
Anugerah nikmat illahi tidak terkira
Usah lali dan leka perintah Allah
Apalagi umur yang diberi sia-sia


Dunia ini ibarat padang gurun tang gersang
Tanah benih yang baik menjadi bekalan
Selusuri kehidupan ini penuh sopan
InsyaAllah semuanya mendapat kerahmatan


Aku insan kerdil hanya mampu menukilkan
Bait-bait puisi untukmu fikirkan
Tabarru dan ta'abbud biar berterusan
Dulu,kini dan selamanya...........

Wednesday, October 22, 2008

Allah Yang Esa

Demi Allah yang maha Esa
sesungguhnya tak di sediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu
Menitis airmata tatkala merasa rindu
menitis air mata tatkala merasa jauh
tetapi jalan Allah tetap segar dan mekar tanpa perkhianatan
kerana ku tetap yakini Allah menyatakan
"wajiblah cinta Ku kepada orang yang berkasih sayang kepada Ku" ASY SYAHID HASAN AL BANNA

Wanita ibarat Mawar


"Wanita ibarat mawar yang berduri
Dari jauh kelihatan cantik dan lembut
Bila di dekati lelaki ajnabi
Durinya jadi perisai untuk memelihara diri
Wahai muslimat jangan kau tumpulkan durinya
Kerana ingin di dekati insan bernama lelaki
Kerana rojul soleh akan memilih mawar-mawar yang tajam berduri"

Wabak Sars dan Selsema Burung Disebut Dalam Hadis

Sabda Nabi s.a.w., maksudnya: "Hitunglah akan ada enam peristiwa terjadi menjelang kiamat, iatu kematian aku, penaklukan Baitul Maqdis, seterusnya terjadi kematian MASAL disebabkan oleh suatu wabak ( taun ) yang akan menimpa kamu ( umatku ) seperti penyakit QU'AS yang terkena kambing dan lain-lain binatang......." (Bukhari dan Muslim).
Penyakit QU'AS ialah penyakit yang menyerang haiwan ternakan, tandanya terkeluar cecair dari hidung dan serangan penyakit itu menyebabkan haiwan itu mati tiba-tiba. Sekarang ini terkenal dengan penyakit "Selsema Burung".
Sars suatu alamat yang Rasulallah s.a.w. pernah sebut sebagai "Penyakit Ganjil Akhir
Zaman" Rasulallah s.a.w. pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie,JE dan kini Sars pula) disebutkan oleh Rasulallah s.a.w. sebagai tanda-tanda qiamat.
Dari Ibnu Umar Rasulallah s.a.w. bersabda; "Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku dikalangan kamu, kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)." (Riwayat Ibnu Majah)


RESPIRATAmaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai SARS (SEVERE ACUTE ORY SYNDROME).

1> Apakah itu "Severe Acute Respiratory Syndrome" (SARS) Adalah sejenis penyakit pernafasan akut yang teruk yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru ("atypical pneumonia")


2> Tanda dan gejala SARS adalah demam panas secara mendadak (lebih 38 C atau lebih 100.4 F) dalam tempoh 10 hari setelah mengunjungi kawasan / negara yang mempunyai jangkitan SARS dan sukar atau lebih masalah pernafasan seperti batuk, sesak atau bernafas. Tanda dan gejala SARS yang lain adalah sakit tekak, otot dan sakit kepala.


3> Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui, namun ahli sains telah mengesan sejenis "coronavirus" baru yang tidak dikenali dalam tubuh pesakit SARS. Walaupun "coronavirus" disyaki menjadi punca utama penyakit SARS, kajian keatas virus-virus lain yang mungkin menjadi penyebab SARS masih terus dilajankan.


4> SARS adalah sejenis penyakit berjangkit yang berbahaya. SARS merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut. Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan individu yang berdekatan akan menyedutnya. Penyakit ini berkemungkinan boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair dari pesakit SARS mencemari benda-benda di sekeliling (seperti telefon dan tmbol pintu).


5> Tempoh pengeraman / inkubasi ("incubation period") adalah di antara 2-7 hari. Namun ada juga laporan yang menyatakan tempoh pengeraman selama 10 hari.


6> Siapakah yang berisiko dijangkiti SARS? Individu-individu yang berisiko adalah mereka yang baru kembali dari kawasan / negara yang mempunyai jangkitan SARS. Kes-kes SARS yang di laporkan di kebanyakan negara adalah terdiri terutamanya di kalangan anggota kesihatan yang tidak menganalkan langkah-langkah kawalan jangkitan dan mereka yang berhubung rapat secara langsung dengan pesakit SARS (seperti tinggal serumah dengan pesakit SARS).


7> Sejak Februari 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan berlakunya sejenis wabak radang paru-paru yang teruk dan mengketegorikan negara China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Kanada, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom (London) sebagai "kawasan yang mempunyai jangkitan". ("Kawasan yang mempunyai jangkitan" bermaksud kawasan / negara yang mempunyai rangkaian jangkitan di kalangan penduduk tempatan sebagaimana dilaporkan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Awam Kebangsaan.)


8> Kes SARS tidak terkecuali berlaku di Malaysia. Kes pertama SARS di Malaysia melibatkan kematain yang dilaporkan pada 5 April 2003. Kes ini dilaporkan mendapat jangkitan dari negara China.


9> Buat masa sekarang, tiada sebarang ujian yang khusus untuk mendiagnosa jangkitan SARS. SARS didiaognosa malalui tanda dan gejala yang wujud, rekod kunjungan ke tempat-tempat yang berisiko tinggi atau berhubung rapat dengan pesakit SARS.


Dalam pada itu WHO sehingga kini masih melakukan penyelidikan tentang penyebab, perjalanan dan cara penularan penyakit ini.

Tuesday, October 21, 2008

Malam Nisfu Syaaban

Malam 15 Syaaban atau lebih adalah
Madikenali sebagai malam Nisfu satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab penuh rahmat.
Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yasiin tiga kali selepas sembahyang fardhu maghrib. Dan setiap kali selepas membaca Yasiin akan dibaca doa. Pada bacaan pertama Yasiin diniatkan dengan memohon panjang umur, murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan menghimpun membaca zikir dan Al-Quran.

Amalan-amalan di Bulan Syaaban

Di antara amalan-amalan yang digalakan pada bulan Syaaban adalah :
1) Memperbanyakan puasa sunat
> Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakan puasa sunat bagi menyemarakan dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud :
" Barang siapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan pada akhir Syaaban maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2) Memperbanyakan doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulallah SAW
>Sabda Rasulallah SAW: "barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3) Bertaubat
>Diriwatkan dari Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulallah SAW bersabda yang bermaksud: " Manakala masuk bulan Syaaban, berdukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sebagai ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari cela dan pada bulan ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

OMBAK TSUNAMI DAN KEBESARANNYA


Pusat Tsunami Islam di bumi kota Sri Langka di Colombo melaporkan bahawa ombak Tsunami yang melanda negara itu dan beberapa negara Asia lain pada 26 Disember 2004 lalu adalah satu bentuk bentuk peringatan terhadap manusia yang tidak menghiraukan larangan Allah dan melupakan tanggungjawab mereka.
Pengurus pusat itu, Mohamed Faizen, berkata nama Allah terpampang dan terbukti melalui gambar satelit yang diambil selepas Tsunami menyerang pantai barat Sri Langka berhampiran bandar Kalutara dan ketika ia surut.
"Ia jelas ejaan nama Allah dalam bahasa arab," kata Faizen yang merujuk kepada bentuk ombak itu menyerupai huruf E besar dilengkapi dengan pusaran yang kelihatan menggabungkan skrip Arab menunjukan nama Allah.
Gambar itu diambil oleh satelit Digital Globe Quickbird pada 26 Disember lalu jam 10.20 pagi waktu tempatan, sejurus selepas Tsunami menyerang. Ia dapat di lihat menerusi laman web http://globalsecurity.org/eye/andaman-sri-langka.htm.
"Allah mempamerkan nama-Nya.Dia menghantar Tsunami sebagai peringatan dan petunjuk untuk kesedaran (hidayah). Bencana ini datang kerana manusia mengingkari larangan-Nya." kata Faizen.
Dia mengaitkan Tsunami dengan banjir besar ketika zaman Nabi Nuh sebagai hukuman enggan menuruti perintah Allah dan Rasul-Nya.
Faizen berkata, seorang pelancong asing di perkampungan Ulva di pantai timur Sri Langka bermimpi malam berturut-turut mengenai ombak besar yang akan melanda.
"Dia memberi amaran kepada pendudukan kampung tetapi diketawakan.Dia meninggalkan Ulva pada pagi Ahad 15 minit sebelum Tsunami memusnahkan kampung itu," katanya.
Faizen menambah, dia turut melawat penduduk Islam Ulva, berhampiran banar besar Batticoloa dan mendapati sebuah madrasah tidak terjejas ketika 400 rumah di sekitarnya musnah sama sekali.
Kawasan pantai disekitar banyak negara di Asia yang dilanda ombak maut itu termasuk Indonesia, menjadi tempat tumpuan warga Barat dan pengunjung Islam.Maksiat pelacuran dan amalan meminum minuman keras berleluasa katanya.
"Allah menurnkan hukuman ringan seperti kerugian perniagaan. Jika tidak mengandahkan amaran itu,Dia akan menurunkan hukuman lebih besar iatu kehilangan nyawa," katanya.
"Jika kita masih lalai dengan peringatan itu, hukuman besar seperti gempa bumi dan Tsunami akan datang," katanya.
Seorang lagi pemimpin Islam Sri Langka, Muhammed Fawmey, dari Barisan Pemuda Islam Antarabangsa, berkata dia juga percaya Tsunami peringatan daripada Allah.

Sunday, October 19, 2008

keyakinan kepada Allah`

"Keyakinan kepada Allah ibarat air kedamaian yang tidak pernah menjadi kering menjadikan seorang muslim tetap tegar di saat orang lain berguguran dan tetap tenang disaat orang lain ketakutan.Biar rebah jangan berubah,biar terbuang terus berjuang.Ujian adalah tarbiah dari Allah, semakin dekat bahtera kepadaNya,semakin hebat taufan melanda".

Saturday, October 18, 2008

KEUTAMAAN BULAN SYAABAN

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha,dia telah berkata yang maksudnya :

" Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berteruasan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya.Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain bulan Ramadhan.


selain dari itu, Rasulullah SAW pernah ,mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri keatas nabi-nabi lain.Sabda Baginda yang bermaksud:

"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."



sabar ketika senang

Orang yang bersabar adalah orang yang paling mampu menahan.Termasuk menahan diri ketika dalam keadaan senang.Sebabnya,tidak jarang orang yang dalam kesusahan mampu bersikap sabar tetapi didalam kesenangan sukar untuk sabar.
Saudaraku,berhati-hatilah ketika kita dianugerahi kekayaan,jawatan,populariti atau paras rupa yang menarik.Ujian kesenangan ini lebih kritis dibandingkan dengan mereka yang diuji dengan kesulitan dan kesusahan.Salah satu contoh ketidaksabaran kita adalah cara kita menilai semua orang.Misalnya kita ditakdirkan Allah memiliki anak yang baik kesemuanya,tiba-tiba kita merasa paling soleh sedunia.Padahal semua itu kurniaan Allah.
Berhati-hati jangan sampai amal kita yang sedikit menjadi hangus kerana kebusukan hati.Sudahlah amal kita sedikit lalu hati kita merendahkan dan manghina orang lain.Biasakanlah bersabar dengan berbaik sangka dalam menyingkapi setiap kejadian.
Kenaikan pangkat juga tidak identifikasikan atau sama dengan kejayaan sejati.Mengapa? Sebab ujiannya akan bertambah: karier meningkat,wang makin banyak, makin dihormati jika tidak hati-hati itulah yang akan menjatuhkan.Yang dengki akan akan semakin banyak, peluang riak pun akan makin melinpah.Maka, jangan ukur kejayaan duniawi.Jika naik pangkat makin mulia akhlak kita itulah kurniaan sebenarnya.Namun jika naik pangkat justeru makin ujub,takabur dan makin jauh dari Allah..........

Allah Yang Esa

Demi Allah yang maha esa,
Sesungguhnya tak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu,
Menitis air mata tatkala merasa jauh dariMu,
Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan ,
Kerana ku tetap yakini Allah menyatakan " wajiblah cintaKu kepada orang yang berkasih sayang kepadaKu" -ASY SYAHID HASSAN AL-BANNA

Thursday, October 16, 2008

i love islam

Di sebalik hijab; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang, menawan gelodak nafsu....
Neraca nafsu; penat sungguh menjaga hati.
Neraca iman: Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya...
Neraca nafsu: sabarkah kau mengimbangi dunai dan akhirat sepanjang hayat mu??
yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi.....
Neraca iman: jesteru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari......
ataupun sekejap lagi......
Neraca nafsu: aku tak mampu...bukankah itu ketentuan illahi...?? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu......dah banyak!!
Neraca iman: Jesteru, jaminkan aku, dengan amal ku itu......sudah cukup membuat aku menghirup harum jannahNya..
Neraca nafsu: Itu juga ketentuan illahi, hanya Dia yang layak memberi jaminan
Neraca iman:Jesteru, marilah bersama ku...terusan mengejar Cinta Dia.
Neraca nafsu: Cinta Dia.....ya, perlu itu.Tapi, kutahu....naluri juga mahukan cinta......bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman: Wahai nafsu.....tenang-tenanglah dikau...kan ku curahkan mu dengan Kasih dan Cinta Tuhan.....hentikan bicaramu wahai nafsu......
Neraca nafsu: Cukupkah keinginan mu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman: Memang benar seperti apa yang di khabarkan, kau tak kan pernah diam memujuk rayu.....huhuhu~jika ku dihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama,.Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila. Wahai nafsu....Tak rasa bersalahkah dikau. tak memcintai Dia tang telah sekian lama menyintai mu..........

Wednesday, October 8, 2008

wAnItA sOlEhAh

wanita solehah ibarat mawar berduri
jauh kelihatan cantik dan lembut
namun bila didekati lelaki ajnabi
durinya jadi perisai untuk memelihara diri

wahai muslimat!
janganlah kau tumpulkan durinya
kerana ingin didekati insan bernama lelaki
kerana rojul soleh akan memilih mawar-mawar
yang tajam berduri......

KISAH CINTA.......

Bertahun sudah ku menunggu dirimu......
akhirnya kau menjadi milik ku...
tapi sayang...kehadiran kekasih lama mu..
datang kembali mengenang cinta dahulu.....
kau ibarat..tersesat di tengah lautan..
tak tahu mana arah untuk kau menuju..
andai kau pinta diri ku untuk melepaskan mu...
terpaksa jua aku turut kan...
mungkin ini adalah satu pengajaran
didalam percintaan...........

Wednesday, September 24, 2008

SEBUAH PERKENALAN...


Ingatlah sebuah PERKENALAN...
kerana disitu ada KENANGAN..
kenangi sebuah PERHUBUNGAN...
kerana disitu ada satu PERSAHABATAN..
sayangi PERSAHABATAN...
kerana disitu ada KASIH dan SAYANG...

Tuesday, September 9, 2008

DIA KEKASIH ALLAH........

Malu rasanya mengatakan cinta
kepada Dia kekasih Allah
kerana dia sungguh mulia
sedangkan diriku seorang yang hina

ku pujuk jua hati dan jiwa
meluahkan rasa kepada dia
ku berikan ucapan salam dan selamat
kerana diriku seorang umat

selagi upaya ku turuti ajarannya
apa terdaya ku amalkan sunnahnya
moga di dunia mendapat syafa'atnya

Wednesday, September 3, 2008

INDAHNYA ALAM INI

begitu indah alam yang di jadikan oleh Allah,semuanya cukup sempurna tanpa sebarang kekurangan.kita sebagai makhluk Allah yang paling sempurna haruslah menunjukan rasa
bersyukur kepadaNya...

TEMAN

Ingin aku singkap kembali.........
kenangan lama agar bersemi.....
ingin ku ulangi kisah manis......
agar terus bersemadi......

ingatlah aku sebagai rakanmu.......
kenanglah aku dalam doamu.......
begitu indahnya kisah dahulu...
engkau sebagai temanku........

apabila engkau tiada.......
satukanlah harapan ku dengan mu......
kerana ianya akan bersatu...
untuk ku si penuggu yang setia..........