Sabda Nabi s.a.w., maksudnya: "Hitunglah akan ada enam peristiwa terjadi menjelang kiamat, iatu kematian aku, penaklukan Baitul Maqdis, seterusnya terjadi kematian MASAL disebabkan oleh suatu wabak ( taun ) yang akan menimpa kamu ( umatku ) seperti penyakit QU'AS yang terkena kambing dan lain-lain binatang......." (Bukhari dan Muslim).
Penyakit QU'AS ialah penyakit yang menyerang haiwan ternakan, tandanya terkeluar cecair dari hidung dan serangan penyakit itu menyebabkan haiwan itu mati tiba-tiba. Sekarang ini terkenal dengan penyakit "Selsema Burung".
Sars suatu alamat yang Rasulallah s.a.w. pernah sebut sebagai "Penyakit Ganjil Akhir
Zaman" Rasulallah s.a.w. pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie,JE dan kini Sars pula) disebutkan oleh Rasulallah s.a.w. sebagai tanda-tanda qiamat.
Dari Ibnu Umar Rasulallah s.a.w. bersabda; "Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku dikalangan kamu, kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)." (Riwayat Ibnu Majah)
RESPIRATAmaran dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai SARS (SEVERE ACUTE ORY SYNDROME).
1> Apakah itu "Severe Acute Respiratory Syndrome" (SARS) Adalah sejenis penyakit pernafasan akut yang teruk yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru ("atypical pneumonia")
2> Tanda dan gejala SARS adalah demam panas secara mendadak (lebih 38 C atau lebih 100.4 F) dalam tempoh 10 hari setelah mengunjungi kawasan / negara yang mempunyai jangkitan SARS dan sukar atau lebih masalah pernafasan seperti batuk, sesak atau bernafas. Tanda dan gejala SARS yang lain adalah sakit tekak, otot dan sakit kepala.
3> Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui, namun ahli sains telah mengesan sejenis "coronavirus" baru yang tidak dikenali dalam tubuh pesakit SARS. Walaupun "coronavirus" disyaki menjadi punca utama penyakit SARS, kajian keatas virus-virus lain yang mungkin menjadi penyebab SARS masih terus dilajankan.
4> SARS adalah sejenis penyakit berjangkit yang berbahaya. SARS merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut. Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan individu yang berdekatan akan menyedutnya. Penyakit ini berkemungkinan boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair dari pesakit SARS mencemari benda-benda di sekeliling (seperti telefon dan tmbol pintu).
5> Tempoh pengeraman / inkubasi ("incubation period") adalah di antara 2-7 hari. Namun ada juga laporan yang menyatakan tempoh pengeraman selama 10 hari.
6> Siapakah yang berisiko dijangkiti SARS? Individu-individu yang berisiko adalah mereka yang baru kembali dari kawasan / negara yang mempunyai jangkitan SARS. Kes-kes SARS yang di laporkan di kebanyakan negara adalah terdiri terutamanya di kalangan anggota kesihatan yang tidak menganalkan langkah-langkah kawalan jangkitan dan mereka yang berhubung rapat secara langsung dengan pesakit SARS (seperti tinggal serumah dengan pesakit SARS).
7> Sejak Februari 2003, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah melaporkan berlakunya sejenis wabak radang paru-paru yang teruk dan mengketegorikan negara China, Hong Kong, Taiwan, Vietnam, Kanada, Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom (London) sebagai "kawasan yang mempunyai jangkitan". ("Kawasan yang mempunyai jangkitan" bermaksud kawasan / negara yang mempunyai rangkaian jangkitan di kalangan penduduk tempatan sebagaimana dilaporkan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Awam Kebangsaan.)
8> Kes SARS tidak terkecuali berlaku di Malaysia. Kes pertama SARS di Malaysia melibatkan kematain yang dilaporkan pada 5 April 2003. Kes ini dilaporkan mendapat jangkitan dari negara China.
9> Buat masa sekarang, tiada sebarang ujian yang khusus untuk mendiagnosa jangkitan SARS. SARS didiaognosa malalui tanda dan gejala yang wujud, rekod kunjungan ke tempat-tempat yang berisiko tinggi atau berhubung rapat dengan pesakit SARS.
Dalam pada itu WHO sehingga kini masih melakukan penyelidikan tentang penyebab, perjalanan dan cara penularan penyakit ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment