.jpg)
Pusat Tsunami Islam di bumi kota Sri Langka di Colombo melaporkan bahawa ombak Tsunami yang melanda negara itu dan beberapa negara Asia lain pada 26 Disember 2004 lalu adalah satu bentuk bentuk peringatan terhadap manusia yang tidak menghiraukan larangan Allah dan melupakan tanggungjawab mereka.
Pengurus pusat itu, Mohamed Faizen, berkata nama Allah terpampang dan terbukti melalui gambar satelit yang diambil selepas Tsunami menyerang pantai barat Sri Langka berhampiran bandar Kalutara dan ketika ia surut.
"Ia jelas ejaan nama Allah dalam bahasa arab," kata Faizen yang merujuk kepada bentuk ombak itu menyerupai huruf E besar dilengkapi dengan pusaran yang kelihatan menggabungkan skrip Arab menunjukan nama Allah.
Gambar itu diambil oleh satelit Digital Globe Quickbird pada 26 Disember lalu jam 10.20 pagi waktu tempatan, sejurus selepas Tsunami menyerang. Ia dapat di lihat menerusi laman web http://globalsecurity.org/eye/andaman-sri-langka.htm.
"Allah mempamerkan nama-Nya.Dia menghantar Tsunami sebagai peringatan dan petunjuk untuk kesedaran (hidayah). Bencana ini datang kerana manusia mengingkari larangan-Nya." kata Faizen.
Dia mengaitkan Tsunami dengan banjir besar ketika zaman Nabi Nuh sebagai hukuman enggan menuruti perintah Allah dan Rasul-Nya.
Faizen berkata, seorang pelancong asing di perkampungan Ulva di pantai timur Sri Langka bermimpi malam berturut-turut mengenai ombak besar yang akan melanda.
"Dia memberi amaran kepada pendudukan kampung tetapi diketawakan.Dia meninggalkan Ulva pada pagi Ahad 15 minit sebelum Tsunami memusnahkan kampung itu," katanya.
Faizen menambah, dia turut melawat penduduk Islam Ulva, berhampiran banar besar Batticoloa dan mendapati sebuah madrasah tidak terjejas ketika 400 rumah di sekitarnya musnah sama sekali.
Kawasan pantai disekitar banyak negara di Asia yang dilanda ombak maut itu termasuk Indonesia, menjadi tempat tumpuan warga Barat dan pengunjung Islam.Maksiat pelacuran dan amalan meminum minuman keras berleluasa katanya.
"Allah menurnkan hukuman ringan seperti kerugian perniagaan. Jika tidak mengandahkan amaran itu,Dia akan menurunkan hukuman lebih besar iatu kehilangan nyawa," katanya.
"Jika kita masih lalai dengan peringatan itu, hukuman besar seperti gempa bumi dan Tsunami akan datang," katanya.
Seorang lagi pemimpin Islam Sri Langka, Muhammed Fawmey, dari Barisan Pemuda Islam Antarabangsa, berkata dia juga percaya Tsunami peringatan daripada Allah.
No comments:
Post a Comment