Diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan Muslim daripada Sayidatina Aisyah Radhiallahuanha,dia telah berkata yang maksudnya :
" Adalah Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami menyangka bahawa Baginda berpuasa berteruasan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka bahawa Rasulullah akan berbuka seterusnya.Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak dari puasanya di bulan Syaaban." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa ini menunjukan kelebihan bulan Syaaban dari bulan-bulan yang lain dari segi pemilihan bulan untuk beramal ibadat selain bulan Ramadhan.
selain dari itu, Rasulullah SAW pernah ,mengumpamakan keutamaan bulan ini dengan keutamaan diri Baginda sendiri keatas nabi-nabi lain.Sabda Baginda yang bermaksud:
"Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment